Sunday, 29 May 2011

Breastfeeding Mission

Bagaimana menjayakan penyusuan 2 tahun?


Perkongsian from Kak N @ ibu Addin dan Nasa. Semoga menjadi pencetus semangat untuk  momma dan anda semua dalam perjalanan penyusuan susu ibu 2 tahun, InsyaAllah.


Alhamdulillah dengan izin ALLAH ibu mampu menyusukan Addin dan Nasa selama 2 tahun dan lebih. Sebenarnya ibu target 3 tahun setiap sorang....maka abang Addin dapat menyusu sehingga 3 tahun 2bulan manakala Nasa menyusu selama 2 tahun 6 bulan. Syukur kerana mampu menyusukan kalian sehingga 2 tahun seperti yang di galakkan.

Bagaimana nak pastikan perjalanan 2 tahun penyusuan dapat dipenuhi? Bagaimana nak lakukan tanpa tekanan?


Tetapkan Matlamat Jangka Pendek


Ibu mulakan journey penyusuan dengan meletakkan target selama 6 bulan yang pertama. Maka ibu akan pastikan ianya tercapai. Selepas dah 6 bulan, rasa sayang nak stop ....teruskan lagi sampai umur 12 bulan. Ia berlarutan sehingga la umur mereka ini melebihi 2 tahun.


Matlamat Jangka Panjang 


Ianya akan hadir dengan sendiri apabila ibu merasakan betapa untungnya memberi susuibu berbanding susu formula. Terutama melihat anak2 kawan yang seangkatan dengan umur anak ibu sering demam dan sakit yang bergilir gantinya. Alhamdulillah anak2 ibu jarang sakit. Jika demam, selsema atau batuk memadai hanya 3 hari sahaja. 2 tahun itu sebenarnya sekejap sahaja ditambah apabila anak mula makan. Maka susuibu bukanlah makanan utama seperti pada 6 bulan pertama kelahiran anak.


Adakah MALAS akan melanda?


Tidak dinafikan kita mempunyai mood yang adakala tidak seimbang. Terutama jika terlalu banyak kerja pejabat atau pun apabila si ibu melalui keletihan tahap melampau, sifat malas akan menyinggah. Namun jika MATLAMAT kita jelas, penyakit ini tidak akan berlarutan sebenarnya. Dalam beberapa pembacaan ibu, benarlah kata penulis buku tersebut : Malas hanya akan wujud jika individu itu tidak nampak dengan jelas matlamat hidupnya. Ibu juga manusia biasa yang melalui ujian ini, namun ibu akan sentiasa kasihan jika penyusuan susuibu itu terhenti sedangkan segalanya ada dalam mind set. Jika hati mahu, insyaALLAH  jalan terbuka luas.
Jadi benarlah kata pepatah, nak 1000 dAYa, tak nak 1000 dALih... Oleh itu,kita yang menentukannya....cz no one babe, only u can deserve for it...!!! rite??

Mengapa ibu bersungguh menyusukan anak-anak ibu?


Secara peribadi, ibu mendapati bahawa susuibu itu adalah satu kesinambungan yang menyambungkan pengaliran darah dari ibu kepada si anak. Susuibu inilah yang akan berterusan membentuk hati anak. Orang zaman dulu lain, zaman mak ibu dulu...susuibu dan kepentingannya tidak disebarkan seperti sekarang. Malah zaman turut berubah. Banyak anasir jahat pada zaman ini yang berleluasa. Ibu meletakkan harapan agar melalui menyusu ibu berdoa hati yang terbentuk dalam diri Addin dan Nasa adalah hati tawaduk dan yang mudah dibentuk dengan doa dan iringan zikir selama menyusukan mereka. Ibu berdoa semoga dengan penyusuan ini Addin dan Nasa menjadi anak yang baik dan mudah dibentuk. Sebagai seorang ibu pastinya mahu melihat anaknya berjaya di dunia dan akhirat.

 Ibu sangat menggalakkan bagi ibu2 diluar sana yang tidak mampu menyusukan anak sepenuhnya dengan susuibu dan mungkin terpaksa mencampurkan dengan susu formula....tak pe, teruskan sekurang2nya anak kita masih minum susuibu. Memang benar bukan semua mampu menyusukan anaknya dengan susuibu sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya tidak terus menerus mengalah...memadailah menyusukan pada malam hari selepas pulang dari kerja.
 
 credit to:diedit dr alinalan.blogpot.com
 

No comments:

Post a Comment

You Might Also Like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. . .me,hiM n uS. . .

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers