Saturday 10 December 2011

Gerhana Bulan Penuh @ 10.12.11

Salam..ai uols! Korang tau x mlmni diramalkan akan berlaku satu fenomena kebesaran Sang Pencipta kita iaitu gerhana bulan penuh?? . Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.




Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam. Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat.

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا

Maksudnya:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) ALLAH. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat.
( Riwayat al-Bukhari )



ULASAN HADIS:

Gerhana bulan adalah apabila bumi melindungi bulan dari cahaya matahari sehingga menyebabkan bulan kelihatan gelap. Gerhana matahari pula adalah apabila bulan melindungi bumi dari matahari sehingga bumi menjadi gelap seketika kerana tidak menerima cahaya dari matahari. Namun kejadian gerhana ini hanyalah merupakan di antara tanda-tanda kebesaran ALLAH yang mentadbir seluruh alam. Apabila terjadi gerhana bulan mahupun matahari maka disunnahkan bagi kita untuk mengerjakan solat Solat Sunat Gerhana Bulan (Kusuf) dan Gerhana Matahari (Khusuf).
So,apakah amalan sunat semasa fenomena gerhana ek??
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:
Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.
Berzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.
Berlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”
Bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”
Memerdekakan hamba. Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”
Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.
Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah sunnah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat. Wallahua'lam....

Monday 5 December 2011

SaLam Maal Hijrah 1433

SaLam Maal Hijrah buat sume...n epi becomin' new year yg xlama lagi da nk abes bulan disember nie....moga tahun ni lebih baik dr tahun sebelumnya...




Juga SEMOGA KEDATANGAN AWAL MUHARRAM INI MENAMATKAN SEMUA AZAM 1432 HIJRAH DAN KITA BANGKIT DENGAN AZAM 1433 HIJRAH YANG BARU....KEPADA YANG MASIH BELUM SEMPAT MELAKSANAKAN AZAM TAHUN YANG LEPAS..TIDAK MENGAPA...TERUSKAN DI TAHUN INI dengan penuh semangat keazaman SEHINGGA BERJAYA...


Tahun ni agak2 ape yek azam aku yeks?? azam aku xla bsr sgt...cma thun ni aku ingin cntrol mkn+turunkan brt bdn aku yg obes ni+kruskan tummy2 yg degil (mau jga kesihatan baik2..yela lau xsehat,cmne laa aku nk truskn idup dgn gumbira n buat amal ibadah' kn???hhehhe....pastu pe lagi yek...mau b'kecimpung lam biz kcil2an+mau more independent n freedom+jadik mummy n wifey yg hebat tuk suami n ank t'cinta.....insya Allah....hheheh....ecehssss...bnyaknyer azam aku...hope leh la tunaikan n dpt capai target tahun ni....hm uols lak cmne?? msti azam korg pun tinggi m'gunung kn...ekkekekek...



n last but not least,moga kita sume berada dlm kandungan sht sejahtera,ceria,dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki selalu...moga kita menjadi hambaNya yg soleh....may god blezz u alwizzz......amin.....

"SALAM MAAL HIJRAH 1433H"
 
ikhlas dari: -feNdieyLaNas4-eva-

Thursday 17 November 2011

Akhirnya peNyu MeNangiS LaGi. . .


Assalamualaikum dan salam sejahtera.,..Isu bolasepak final Piala Malaysia memang da agak lapuk+basi suda,tp aku tetap ingin sentuh jugak sedikit...hehhe…maklumla baru2 ini aku xsmpat pun nk b’blogging dek kesuntukan waktu menguruskan kerja2 yg xdpt kuelakkan….Hm… Isu Final Piala Malaysia tahun ini memang paling panas bukan kerana kehebatan pasukan yang masuk final tetapi harga tiket RM50 yang telah ditetapkan oleh FAM. “.


Bagi aku,sepatutnya pihak FAM tidak sepatutnya m’buat kejutan last minute m’umumkan harga tiket RM50 (MAHAL BEB)!!...Tapi sepatutnya padang Stadium Shah Alam yg menjadi medan pertempuran antara sang penyu n rusa sepatutnya diperbaiki n diperelokkan lagi keadaan rumputnya spya pemain2 nnti x agak becak di padang...tapi hampehh!! sowi la,if i'm saying dat!! N Aku memang tak berapa setuju apabila ada yang godam website FAM dan paling aku tak setuju bila Persatuan Bola Sepak Terengganu dan Negeri Sembilan beri subsidi kepada penyokong...Memang pada awalnya,agak menarik + baguss if kedua2 kerajaan negeri tersebut leh bagi subsidi hrga tket kpd penyokong...tetapi if difikir panjang, untuk jangka masa panjang memang tak bagus kerana peminat akan terus menuntut subsidi n subsidi lagi n lagi pada perlawanan bola sepak akan datang dan ini tidak bagus untuk pembangunan bola sepak Malaysia. Setiap perubahan mesti dibuat dengan teratur dan pasti akan ada tentangan. Tapi tu lah FAM ni selalu sangat buat keputusan mengejut dan selalu sangat ubah polisi. Susah jugak tu...aduyaii....

Jom Layan gambar2 n aksi2 menarik...!! 
(amik pic kot astro pun jadikla...kes tket mhl nk g stadium punyer psl...! kui2...)

List of Sang Penyu players

List of Sang Rusa players

Barisan pengadil




Amik berkat doa dulu b4 match..

Stadium Shah Alam m'jdi venue  final P.M'11

Tonggak utama skuad Terengganu...(Ashaa'ri)

Barisan 'Peteh Ganu Peteh'...

Barisan 'Hobin Jang Hobin'...

Dif V.I.P...

My 'Hero Cilik' aNas da pompom boy....

Penyokong Setia Neg.-9...


Penyokong Setia Trg....

aksi gembira...!!!

yeay!!! weehuuoooo....goallllllllllllllll !!!!!!

menci2....S.Kunalan n Hai-O 'musuh ketat' sang penyu...

Piala yg mnjadi rebutan...sp yg bkal julang??

Tahniah to skuad bolasepak Negeri Sembilan...Tuah menyebelahi sang rusa @ 2011..

Perghhh.....kecewa tul!!! waaaa sy da kalah daa! ~:-(








KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN:
TERENGGANU 1 - 2 NEGERI SEMBILAN

(Ashaari 59', S Kunalan 81', Hairuddin Omar 86')

Tahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya merangkul gelaran Juara Piala Malaysia bagi tahun 2011! Memang tuah menyebelahi Neg.9 tahun ni...xper,next time,Terengganu lak bakal rampas takhta....hehheh...papepun,Trg pun ttap hebat gak!! ( pdhal so frustrated pertahanan ganu agk lemah n goalkeeper Sharbinee nmpak cuai m'baca gol tendangan S.Kunalan yg xpatot bolos gawang gol)... uhuk2.......

P/S: demam Sea Games XXVI 2011 melanda...xsabar nk tgk mesia vs indonesia mlmni @ Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta....hope mngla.... caiyok2 m'sia boLeh!!! ;)


Monday 7 November 2011

Salam AiDiLadha 1432 H @ 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat pembaca setia blog xseberapa ni & sume insan bergelar Muslim di mana ia merupakan salah satu hari lebaran yang disambut oleh semua umat Islam di dunia ini sempena memperingati peristiwa Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya sendiri kerana Allah SWT.


Semoga segala amalan n pengorbanan kita diterimanya....amin... Aidiladha kali ni sedey gak rs...cz aku x berpeluang b'jemaah soLat sunat aidiladha di masjid....al maklumla bila da jdik ibu,inilah 'pengorbanan' yang terpaksa kulakukan demi anak...ye laa,sape lak nk jga aNas raHimi ni lau sume owg p msjid????hahhah...tlg jwb..!!  hahhah..tapi tu sumer bukan satu halangan tuk aku menunaikannya b'sendirian di rumah kan...hihi....apa2 ajelahhhh...hihihi.........sekian,mekacih.....

CeLebraTion @ 25.10.11

Eei xsabar rasanya nk balik umah nk pluk cium dak comey si anas buchuk tue....tp b4 dat,i've to pickup besday cake anas @ Secret Recipe first!! eeii nyum2....

1st tme aku order big cake SR nie..dlu tme kawen,ade gak plan nk order kek nie..tp xjdik...huhu

ishhhh...lmbtnye smpai umah...jam r lak....tgh ke'jam'an, sempat gak aku snap pic dgn my hubby buchuks....hehhe...ni laa wajah ayahanda n bonda Muhammad Anas Rahimi.....hikhik....


Sampai jek umah,trus kami siapkan pape yg patot....ekceli,xplan pun nk clebrate nie....so juz clebrate ala kadar jek...maklumler,nk smbut sok ari cti deepavali rmai rakyat xdek....so xbeZ lau xdek rmai org ley dtg esp.kaum kerabat fmily...kate org,xsyokkkkk...huhuhu.....

tadaaa!!!! ni laa kek dak tecit nsem boy tuh....;)

3 of us.....luv u cyg....;)

Anas da x sabar nk potong kek nyummy nie...;-p

HB cyg.......;)

his 1st b'day cake....

epi blated bezday too tokmie....jom kite ptong kek sm2...hikhik..

'10s mama' tlg jga sy ms ummi n abah g keje..hihihihi..;)



Last but not least,clmat ari lahir 1x lagi buat anakanda tercinta...moga anakanda m'besar dgn sihat,normal n menjadi ank yg soleh,sht,crdik pntar n jdi insan yg b'guna tuk agama,bngsa n negara nnti....amin.......;)


Tuesday 25 October 2011

aNAs da seTahuN sudah!!!

EPi 1st BezDay my son!!!! today genapla setahun dak tecit aNas raHiMi nie.....dialah buah pengarang jantung ummi n abah nie.....


xdek per nak diharapkan,cuma mga anakku menjadi anak yg soLeh,sht,cerdik n pintar n mnjdi insan berguna kpd agama,bangsa n negara nnti hndaknya.....amin ya rabbal alamin.......;)




 
ni xthn sape2 yg tgk suke tul la anas wat gaya mata m'goda cmni...hikhik......

Last but not least, we lappppp luvvvvvvvv U so much cyggggggg!!! mmmmUUahhhhhhhhh!!!!! (^_^)


Sunday 23 October 2011

aku & hospital

Last week,my son ade appointment medical check up dgn doc. pkr...punyalah tunggu lama..besa lau aku p kul 8a.m,kul 10 lbih tu da siap jmpe doc da..tapi dis time pelik gak nape turn aku nyer lmbat tul la...sian lak anas duk merengek2...maklumla ank aku ni da mkin besar da..lau dlu kcik jek...'sopan' jek lau aku bwk p mn2...xdekla mrengek melalak x tentu pasal...skang sdh pandai maa....oleh kerana letih da menunggu, aku pun suh la my mom tnya...ade ke patot pekerja tu ckp,"sabarlah sikit makcik..nnti smpailer turn makcik tuh.." adoyaaiiii....my mom pun jwb," bkn makcik yg ade check up...tpi cucu makcik laa.." plz laa...sian bby kcik ni kna dduk lama2 kt klinik nie...sabo jek laa...trus pekerja tu t'gamam n kol doc trus...!!!! mujurlah my mom tegur pekerja tu dek pelik bin ajaib tunggu lama no giliran xpanggil2...bygkan patient yg bru sampai pun da pnggil!! loll!! mana aci cmtu...sian la patient yg sdh lama dtg tpi xpnggil2 lgi turnnya.....

Boring bngat laa....aiyooo...btul la kata owg Penantian Itu Suatu Penyeksaan...aku stuju sgt2...huhuhu...tp xmenyeksakan lau kite menanti dgn penuh kesabaran kan?? uhuk2,..hm seb baik la aku da isi kad cuti awal2...lau x lewat la aku masuk opis aritu....



hah,ting tong.....its my turn!! trus dduk seat jmpe doc... soalan pertama doc, sy tgk ank wak ni da nmpak ok sgt da...(trus senyum lebar hatiku msa tu..hehhe... ;-)) jwbku; " tul ke doc?? lau camtu,leh la 'discharge' kan?? ( i mean bkn kluar wad ke per..tp discharge aku mksudkn xyah da dtg klinik pasni..da ttup kes da...kui2...;-p) doc. pun t'kejut dgr jwpnku...lantas trus die tnya aku.." awk ni misi ke???" aku pun t'snyum jek..lau ikutkan hati ku nk jek aku jwb..aku ni lebih dri misi or doc lgi... aku pun tnya doc lgi, xla...knapa doc?? doc tu pun jwb,"xdeklaa...da dgr awk pandai guna ckp perkataan discharge2 ni...." hahahhaa....adoyaiiiii doc ni.....salah ke lau aku guna perkataan discharge?? adakah perkataan "discharge" tu ssuai digunapakai oleh kaum kerabat hospital je ke?? ai mean misi n doc jek ke?? np ingat dowg jek ke tau itu ini...kitaowg pun tau jgk laa...bkn ke perkataan tu English word maaa!! aiyoooooo...pndek punye akal laa...sowi laa beb ckp cmtu...huhuhu....

Btw,i'm so epi n grateful to Allah...so far,Alhamdulillah tgk my lil' one da ok da..his progress pun quite ok...brt bdn,ketinggian n perkembangan sume smakin m'berangsangkan sj..yela lau dlu evry chek-up dgn speacilist,msti jantungku b'debar jek...takot bnrnya..tkot anas kna than msuk wad jek...takot dak tecit tue kna operate bagai....seb baik Tuhan tu Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihani...aku xsmpai ati tgk dak2 kecik sume kna msuk operate,nk mkn or mnum ssu pun pkai tiub...eeiii nyilu srm jek wase bile tgk....lagi sayu ble tgk dowg asyik b'lepek' atas katil jek sepanjg masa...xley jln or dduk b'diri sndri tnpa bantuan org lain...aduhaaiii...nasib baik anakku sowg tu x smpat lalui sume itu...hampir2 kna msuk ICU pas doc. ksn anakku idap 'Laryngomalacia'  suatu ktika dlu......but uols don't wori yeks...sape2 ade baby ke kids ke ade bunyi truk ke cm b'dengkur ke better consult dgn pakar or let it go...cz insya Allah dis disease can recover sendiri..cuma mkn masa jek nak baik...aku pun ade jgk try ikhtiar b'ubat trasdisional + moden...so far,Alhamdulillah la...

Hm mesti korg t'tnya2 yek apa itu 'Laryngomalacia' ek...nnti next entry, i'll tell u wat k...hehhehe... k la,smpai cni dlu 4 today....today bnyk job kn settle kt opis ni...ni pun da lma nk stori mori tp asyik t'tngguh jeks....hehhee....nk bt cmne..last week stu bngunan xdek letrik..my PC xleh bkak...shut off...eh slp...shut down sume pc...k la,have a niCe day...!! 10s 4 visit heRe... ;)

Monday 10 October 2011

Isteri Dalam Pantang, Bapa Liwat Bayi 23 Hari

Hah,topik hangat!!! isu hngat kali nie....apa kes bapa ni?? layak ke digelar seorg bapa if prangai mengalahkan rakus bak setan mrasuk diri......ish2.....astaghfirullahulazim......dahsyatttt2!!! binatang pun xmcm ni..ni kan mnusia yg dikurniakan akal fikiran??? perghhhhhh...nk kna spak trjg bapa nie...eeiiiii menyirap ser drh ktika m'bca artikel nie.....ish2.....sian baby ni....

KUALA LUMPUR  -  Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.
“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. – TheMalaysiaInsider


"Smoga Allah membalas segala perbuatan keji kpd insan b'gelar bapa durjana itu...moga dibukakan pintu hatinya tuk b'taubat nasuha suatu ari nanti....amin... "


Sumber: http://mynewshub.my/2011/10/08/bayi-23-hari-diliwat-bapa/

Wednesday 28 September 2011

Solat Hormat Waktu

Kepentingan solat yg perlu diakukan dalam semua keadaan amat jelas berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud: "Solatlah dlm keadaan berdiri. Jika tidak mampu dlm keadaan duduk. Jika tidak mampu maka solatlah dlm keadaan mengiring. (Riwayat Al-Bukhari) .

Tetapi ada ketikanya, samada akibat darurat atau sebagainya, kita x dpt b'wuduk @ b'tayamum bg menunaikan solat. Dlm hal ini umat Islam boleh menunaikan solat hormat waktu.

Pada asalnya solat ini b'maksud wujudnya kecacatan syarat yg tidak mencukupi. Antaranya, x boleh b'wuduk & b'tayamum samada ketiadaan kedua-duanya @ keuzuran, sedangkan waktu solat masih ada ketika itu. 

Menurut jumhur ulama, seseorang wajib solat dan wajib mengulanginya m'ikut mazhab Hanafi & Syafie.Mazhab Hanbali pula m'anggap x wajib m'ulanginya. Sedangkan mazhab Maliki m'ikut pendapat yg muktamad, solatnya gugur.


solat wajib dilaksanakan termasuk semasa di dalam pesawat.

Dr. Wahbah al-Zuhaili dlm kitabnya, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh menjelaskan hal ini b'dasarkan mazhab yg empat: 

1. Mazhab Hanafi
Pendapat yang difatwakan oleh mazhab ini berdasarkan pendapat Abu Yusuf dan Muhammad al-Hasan, iaitu orang yang tidak mempunyai dua alat penyuci wajib melakukan perbuatan yang menyerupai orang bersolat. Dia hendaklah rukuk dan sujud jika terdapat tempat yang kering.
Dia tidak boleh membuat isyarat secara berdiri, tidak boleh membaca dan tidak boleh berniat. Dia hendaklah mengulangi solat jika mendapat air atau tanah.
Bagi orang yang terputus dua tangan dan dua kakinya, jika ada luka di mukanya, maka dia boleh solat tanpa taharah dan tidak perlu tayamum. Mengikut pendapat yang paling asah, dia tidak perlu mengulangi solatnya.
Orang yang terperangkap (dipenjara) apabila solat dengan tayamum hendaklah mengulang solatnya jika dia orang mukim (bukan musafir). Ini kerana dalam kes seperti ini, tiada darurat kerana air mudah diperolehi di tempat sendiri. Ini berlainan dengan musafir di mana pada kebiasaan ketiadaan air, maka dia tidak perlu mengulang solatnya.

2. Mazhab Maliki
Berdasarkan pendapat yang muktamad dalam mazhab ini, seseorang yang tidak ada air dan tanah atau hilang keupayaan menggunakan kedua-duanya seperti orang yang dipaksa atau yang diikat, maka gugur solat daripadanya sama ada tunai ataupun qada.
Kedudukannya sama seperti perempuan yang haid. Ini kerana air dan tanah menjadi syarat wajib kepada pelaksanaan solat, sedangkan dalam kes ini, syarat itu tiada.
Syarat wajib qada pula bergantung kepada tanggungan melaksanakan secara tunai sedang tanggungan melaksanakan secara tunai itu tidak diperintahkan.

3. Mazhab Syafie
Menurut ulama Syafie, orang yang tidak mempunyai air dan tanah hendaklah solat yang fardu sahaja. Solat itu hendaklah dilakukan menurut keadaannya, iaitu dengan niat dan membaca sahaja sebagai tanda menghormati waktu.
Dia tidak boleh solat sunat. Tetapi solat yang dilakukan itu hendaklah diulangi apabila air atau tanah sudah boleh didapati.
Kerana keuzuran ini jarang berlaku, oleh itu, hukumnya tidak boleh berkekalan. Lagipun ketidakupayaan bersuci yang menjadi salah satu syarat solat tidak bermakna boleh meninggalkan solat seperti menutup aurat, menghilangkan najis, menghadap kiblat, berdiri dalam solat dan membaca.
Orang yang bernajis di badannya di mana dia tidak berupaya membasuh kerana takut sakit dan juga orang yang tertahan sehingga tidak dapat mengerjakan solat adalah sama hukumnya dengan orang yang tidak mempunyai air dan tanah. Mereka hanya perlu solat fardu sahaja. Namun, orang yang berjunub hanya perlu membaca al-fatihah sahaja.
Pendapat paling kuat menurut ulama Syafie adalah solat dilakukan seperti biasa dan hendaklah diulang jika air sudah boleh didapati kerana tiada nas yang jelas menyatakan hukum solat orang seperti ini.

4. Mazhab Hanbali
Orang yang tidak mempunyai air dan debu tanah hendaklah solat fardu sahaja. Solat itu wajib dilakukan mengikut keadaan.
Kelemahan tentang syarat tidaklah menjadi alasan untuk ditinggalkan apa yang disyaratkan. Kedudukannya sama seperti seorang yang tidak berupaya menutup aurat dan tidak mampu menghadap kiblat. Ertinya, pendapat mereka samalah seperti pendapat ulama Syafie. Mereka berpendapat bahawa solat itu tidak perlu diulang.
Seseorang yang solat dalam keadaan tidak mempunyai air dan debu tanah tidak boleh menambah lebih daripada bacaan atau perbuatan yang mengesahkan solat sahaja.
Dia hendaklah membaca al-Fatihah sahaja, bertasbih sekali sahaja, memendekkan tama'ninah, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, tasyahud awal dan akhir setakat yang menjadi syarat sahaja. Kemudian terus memberi salam.

Thursday 8 September 2011

AiDiLfitri Menjelma Lagi...

Slm...ai sumer...slamat ari ry...da msuk opis pun still mls nk wt keje dek mood ry ade lg...ry smnggu rs skjap jek ms b'lalu kn......tul ke idak?? papepun,Salam aidilfitri buat pngunjung setiaku....hehhe...lau ade slh slp t'kasar bicara,harap maafkn tuan tnh...hehhe....

k la,nk citer pe yek?? nothing 2tell stori moriiii....jom kite layan album raya yg smpat ku snap di ari raya bruni.... ;-) slmt cuci mata yeks...eheheh....

RaYa B'3 tahun nie@2011....






i'm rockin' roll in songkok...yeyehhh!!

ade gya ustaz x my hubby?? ehhehe...yg pic ats cm YB r lak nmpak! kiki...

Ni lah cucu kesayangan toki...sume hero2 ciLik.... ;)

yo yo yo..yeyeahhhh!!!


pose mnarik dr anakku cyg....

bby aNas RaHimi wiv his bs,mama

Anas Rahimi,my beloved lil'one wiv his cousins....
tadaaa!! sy dpt angpau duit raya lagi...hikhik...tq..;)
bincang pe tuh?? my son wiv hazim n fizin...
sedondon x kami b'2??
my hero wiv his spiky hair'....
rya ke-3....
i loikeee dis pic....so niCe..!! ;)
sebahagian dri fmilyku....ni jek pic yg smpat haku amik thun ni.....

me n my prince





Sekian dari kami b'3..............Salam Aidilfitri buat semua mengenali diri ini. .. . . . maaf zahir & batin. . .. .. 


Slm tulus ikhlas ; -FendieyLa-













You Might Also Like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. . .me,hiM n uS. . .

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers