Saturday 10 December 2011

Gerhana Bulan Penuh @ 10.12.11

Salam..ai uols! Korang tau x mlmni diramalkan akan berlaku satu fenomena kebesaran Sang Pencipta kita iaitu gerhana bulan penuh?? . Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.




Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam. Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat.

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا

Maksudnya:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) ALLAH. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat.
( Riwayat al-Bukhari )



ULASAN HADIS:

Gerhana bulan adalah apabila bumi melindungi bulan dari cahaya matahari sehingga menyebabkan bulan kelihatan gelap. Gerhana matahari pula adalah apabila bulan melindungi bumi dari matahari sehingga bumi menjadi gelap seketika kerana tidak menerima cahaya dari matahari. Namun kejadian gerhana ini hanyalah merupakan di antara tanda-tanda kebesaran ALLAH yang mentadbir seluruh alam. Apabila terjadi gerhana bulan mahupun matahari maka disunnahkan bagi kita untuk mengerjakan solat Solat Sunat Gerhana Bulan (Kusuf) dan Gerhana Matahari (Khusuf).
So,apakah amalan sunat semasa fenomena gerhana ek??
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:
Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.
Berzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.
Berlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”
Bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”
Memerdekakan hamba. Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”
Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.
Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah sunnah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat. Wallahua'lam....

Monday 5 December 2011

SaLam Maal Hijrah 1433

SaLam Maal Hijrah buat sume...n epi becomin' new year yg xlama lagi da nk abes bulan disember nie....moga tahun ni lebih baik dr tahun sebelumnya...




Juga SEMOGA KEDATANGAN AWAL MUHARRAM INI MENAMATKAN SEMUA AZAM 1432 HIJRAH DAN KITA BANGKIT DENGAN AZAM 1433 HIJRAH YANG BARU....KEPADA YANG MASIH BELUM SEMPAT MELAKSANAKAN AZAM TAHUN YANG LEPAS..TIDAK MENGAPA...TERUSKAN DI TAHUN INI dengan penuh semangat keazaman SEHINGGA BERJAYA...


Tahun ni agak2 ape yek azam aku yeks?? azam aku xla bsr sgt...cma thun ni aku ingin cntrol mkn+turunkan brt bdn aku yg obes ni+kruskan tummy2 yg degil (mau jga kesihatan baik2..yela lau xsehat,cmne laa aku nk truskn idup dgn gumbira n buat amal ibadah' kn???hhehhe....pastu pe lagi yek...mau b'kecimpung lam biz kcil2an+mau more independent n freedom+jadik mummy n wifey yg hebat tuk suami n ank t'cinta.....insya Allah....hheheh....ecehssss...bnyaknyer azam aku...hope leh la tunaikan n dpt capai target tahun ni....hm uols lak cmne?? msti azam korg pun tinggi m'gunung kn...ekkekekek...



n last but not least,moga kita sume berada dlm kandungan sht sejahtera,ceria,dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki selalu...moga kita menjadi hambaNya yg soleh....may god blezz u alwizzz......amin.....

"SALAM MAAL HIJRAH 1433H"
 
ikhlas dari: -feNdieyLaNas4-eva-

You Might Also Like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. . .me,hiM n uS. . .

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers