Sunday 13 December 2015

inJection #bbysarahimani

slm smua....ai smua....today is da day checkup bby sarah imani... alhmdllh brt da mencecah 6.2kg... alhmdllh puteriku sorang ni sht walafiat n 'plg semangat' antara ketiga-tiga org ankku...hihi..

today jugak bby sarah kna cucuk 5 bulan kt kenek desa...n so surprisingly...my princess soo kental....tak nangess pun!!...ummi proud of u lil'one...


ok da nk balik ni.... ni pic smlm...anas da pndai dukung adik ya...gud brother...hihi..

Sunday 18 October 2015

7mos

7mos..

apasal en3 kali ni tajuk yer cm pelik jer 7mos?? wat it means r??? 7mos tu maksudnya kat sini ialah harini genaplah my beloved mom terlantar sakit kna stoke 7 bulan dah...... sekejap jer kn masa berlalu...rasanya baru jer semalam mie kna serangan stroke... ya allah...engkau sembuhkanlah bondaku seperti sediakala...pnjgkn umo n mrhkan rezekinya selalu...ampunilah segala dosanya... moga bonda boleh bercakap dan berjalan spti sediakala laa hendaknya..

last weekend aku try bwk mie g pantai... tanam mie selama sejam dalam pasir pantai... mula2 ku try bwk pergi pantai Batu Burok.. x sangka semuanya berjalan lancar.. ye laah sudah sekian lama hjt di hati nk bwk tanam mie dlm pasir pntai nie...tp asyik tertangguh jer...ni plan trus redah jer... then kami sekuarga bwk mie g pntai Pandak area Chendering lak... lame dah aku x g situ...last2 ms sesi my photoshoot outdoor wedding...hahaaa...da 6tahun jgk aku xg pntai ni...msa photoshoot kawen tu ade site penggambaran filem Hikayat Merongwangsa kat c2...















our family..tqvm syg 4sporting bergambo...bkn sng nk gmbo yer nie...hihi.. (',



u .m. m. i. e




mie....sabar yer,,,duk lam pasir sejam jer.... :)


sape2 yg ade penyakit stroke ni mmg digalakkan buat terapi tanam dlm pasir pantai nie.. ni baru 2x bwk bonda tersayang tnm lam pasir...tp alhamdulillah aku perasan mmg ade perubahan positif laa...tangan kanan yg bhgian lumpuh tu kan dah tak sembab daa.. 

k laaa...hope next time ade peluang lagi bwk mie bt terapi ni n bwk mie jejalan mkn angin ke...biar mie hepi ceria n semangat skit...ye laaa drpd terperuk jer kat rumah kan...kn laa amik angin luar jgk kan sesekala...sayang mie ketat2...mmUAAAAHHHhh...love u so much mie... (^_^)

Sunday 27 September 2015

1st day masuk keje@opis...

slm smua....lame dah xupdate blog nie...huhu.. ekceli bnyk mende nak share tp camtulaa kekangan waktu n bnyk sgt 'obstacle' yg terpaksa kutempuhi kebelakangan ini...

alhamdulillah, stelah cuti bersalinku abes 90 hari....so its time to come back to opis!! huhu...sobs2... sedey lak kena tinggal bby sarah imani yg comeyyy mnja nie....hm... hrp semuanya dipermudahkan lah yaa.. n dlm hati terpk teringat jgk bonda yg terlantar sakit strok slma 6bulan terlantar di katil tu ok ke x arini...hm hrp ok2 aja.... (^_^)

ok da nak balik keje daa ni...eeiii x sbr nk tgok cium dak buchuk msm nie n jenguk bonda nnti...btw slmt ari ry qurban ya...slm aidiladha bt smua...istimewanya aidiladha tahun ni = my moms'besday... epi bday mie...moga cpt sembuh ya n pnjg umo.... (^_^) luv u sooo muchhh!!


Thursday 14 May 2015

tazkirah...

Tazkirah...
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar....
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.....
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal....
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.....
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala....
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang......
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.....
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Beramal. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil....
Lalu diri mendongak langit... "Allah kau pandang aku bukan?" laju air mata mengalir... ~cipta syurga hati~

Tuesday 3 March 2015

Tips Menambahkan Susu Badan Bagi Kaum Ibu

Kat sini aku nak share skit la bg ibu2 n bakal ibu yg nk bf baby nnt. Dan untuk rujukan aku jugak. Aku dapat info ni kt blog ibutegar fully bf anaknya.http://darlingszsite.blogspot.com dan http://sereniety.blogspot.com/ dan juga banyak tips2 yang aku dpt kt situ...bnyk lg web2 yg citer psl bf ni...kena rajin menggali la. Ape pun ade beberapa tips kt bwh ni yang aku dh cuba untk tmbahkan susu badan aku ms ank 1st n 2nd dlu even xsmpai 2thun pun i still rasa syukur sgt2...dpt rasai nikmat da bez moment dat i never forget....... n i hope aku akn dpt amalkan tips yg berguna ni nnti slps melahirkan ank yg ke-3 nnti..insya allah i'm really hope dat i'll fully bf my baby exclusively soon till 2 years...insya allah..amin...doa2kn yer...hihi.. (^_^)


Pemakanan:

Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap
Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.

Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.


Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu
Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi
Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis
Ikan - segala jenis ikan - pernah makan ikan masak asam, wah bengkak giler breast pas mkn tu.
 
Kacang buncis
Kentang
Daging
Sayur Petola
Ulaman
Roti (segala jenis roti especially roti planta)
Cheese
Sup papaya
Buah Kurma
Kobis
- masak air
Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure

Sayur Bendi - Buat ulam cicah sambal atau masak
Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.


Minuman Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
Halba - rendam dan minum airnya (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari,masak asam pedas. Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
Amalkan minum milo/nestum/horlicks
Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
Soya - minum secawan sehari.
Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
NESVITA (campur oat)
Rebusan bunga kobisair kelapa
Jus pegaga
air sengkuang cina
spirulina
 
daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
 
Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.




Supplement (Bole dapatkan di Sayang Baby Ibu)

Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.



GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.


Pil ASI
Melilea Greenfield Organic

Melilea Organic Soya Drink
Yang ni aku penah cuba..mng trnyata brkesan..sedap pun sedap gak...lemak2 je..susu pun pekat
Organic Henry
Bidadari DCL
Minyak Habatussauda DCl
Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour
omega 3
obimim kalsium vitamin c
Jamu nona roguy...phytonatal

Urutan1)
 
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF

Pil hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression) p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini

Cara-cara Lain
1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.

Psikologi
1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply

Masa pengepaman
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering.
jgn minum teh/nescafe tau.....mkn supplement, jgn tinggal Ubat

Beberapa cara mengepam yang berkesan:
a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan menjimatkan masa dan tenaga...pam yg aku mmpu beli stkat ni Spectra3..tp bgi akulaa aku lebih gemar guna pam manual jer..pam kesygnku yg rajin ku angkut ke mari ialah pam Avent manual Isis coz its suction is so soft!!

tips: tp korang yg jenis bnyk susu yg mlimpah tu..cik 'b' penuh senantiasa tu better blajar guna teknik "mARmeT" jer...senang in case terlupa tertinggal pam kt rumah ke...juz marmet kat mn2 jer...huhu.. kan2... ??
c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.Tip memperbanyakkan susu:Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan melimpah ruah. Dan kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon tetek untuk membanyakkan air susu. Selain itu, beri rangsangan pada nipple dengan menggentel2 nipple.

WAJIB DI TINGGALKAN ----> Minuman Ber "Ais/ Air Bergas"

Thursday 5 February 2015

Lagi Berita Gembira Utk Sape2 Yang Mau KuRus & Cantik & siHat...... ;)

slm...ai uols....  today xmo update en3 citer pnjg2... juz wanna share sumthing gud news from my customer... ;) Alhamdulillah, tumpang hepi dengar... ;) uolss lak bile mau try?? mehlaaa... !! hihi.. sy pun da try..mmg puas hati.. hihihi...


6 HARI JUZ SAPU LÁROME = 2KG TURUN!! DARI 42"KPD. 36"






























LULUS KKM N HALAL.. ;)

BANYAK MANFAATNYA....


PERUT PUN DA KEMPIS! STRECHMARK PUN HILANG!! ;)


SO AMAZING SERUM AJAIB NI...JUZ SAPU JER LEH KURUS....!!
 Fyi, harga Lárome Applestemcell Slimming Serum ni da naik tahun ni pd awal Januari 2015 disebabkan kenaikan harga brg mentah.. tp if u want ai ley bagi hrga special tuk korang...



Juz pm/ msg/ wassup ieyLa @ 019.9831507.... okehhh....! (^_^)


# jom kite sama2 cantik!!
# jom same2 berlarome + smbil jana income..

You Might Also Like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. . .me,hiM n uS. . .

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers