Thursday 9 June 2011

InTroduCing SoliD fOoD to baby. . .

   Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda kerana ia kaya dgn zat makanan & antibodi. Namun begitu, mulai umur 6 bulan makanan pelengkap perlu diperkenalkan kerana susu ibu shj tidak mencukupi utk memenuhi keperluan pemakanan bayi.

  Pengenalan makanan tambahan perlu dilakukan secara beransur-ansur drpd diet berasaskan susu shj kpd campuran diet yg mengandungi susu DAN makanan pejal.

  Kegagalan memperkenalkan makanan tambahan mengikut saranan boleh merencatkan pertumbuhan bayi anda dan kesan jangkamasa panjang boleh menyebabkan kegagalan tumbesaran (Failure To Thrive)

Bila? ? ?

Tanda2  bayi anda sudah bersedia menerima makanan tambahan.
  • Bayi anda boleh menegakkan kepalanya bila ditundukkan. Jika tidak dia masih belum bersedia utk disuapkan.
  •  Pergerakan refleks lidah bayi anda (pergerakan ke depan dan ke atas) telah berakhir dan bayi boleh menggerakkan lidahnya ke hadapan, belakng, atas dan bawah.
  • Bayi mula mencapai dan menunjukkan minat pada makanan di meja makan. 
  • Selalu menangis di antara waktu menyusu. Menunjukkan pemberian susu shj tidak mencukupi.
 Digalakkan : 

** Mulakan dgn mkanan b'asaskan beras. Sebaik2nya yg diperkaya dgn zat besi 
** Perkenalkan satu jenis makanan baru pd satu masa (sekurang2nya 4hari :4DAYS RULE)     utk bayi menerima dan membiasakan diri dgn makanan t'sebut. Ini juga dpt memberikan anda masa utk mengenalpasti makanan yg menyebabkan alahan pd bayi.
** Mulakan 1/4 hingga 1/2 sudu kecil apabila m'perkenalkan rasa dan tekstur yg baru. Jika bayi  tidak suka makanan baru, cuba campurkan dgn susu, bubur nasi atau bijiran bayi.
** Hidangkan makanan kpd bayi anda di dlm pinggan @ mangkuk khas yg mempunyai gambar  dan warna yg menarik utk m'galakkan dia makan.
** Duduk bersama bayi semasa waktu makan sbg satu cara utk m'galakkannya makan.

PERINGATAN !!!
  1. - Elakkan gandum, barli dan oat sehingga bayi mencapai umur 8-10 bulan.
  2. - Putih telur boleh diperkenalkan apabila bayi mencapai umur 10 bulan- 1 tahun.
  3. - Jangan elakkan makanan tertentu kepada bayi anda hanya kerana anda tidak menyukainya. Berikanlah makanan tambahan yang lebih banyak variasi.
  4. - Jangan paksa bayi untuk menghabiskan makanan kerana dia mungkin telah kenyang.
  5. - Jika bayi anda berasa lapar, jangan tangguh terlalu lama untuk memberikan makanan. Ini  akan menyebabkan dia hilang selera makan.
  6. - Elakkan daripada memberi makanan semasa bayi mengantuk
  7. - Jangan berikan makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik seperti kekacang.
  8. - Gula tidak perlu ditambah ke dalam makanan bayi anda sehingga berumur 1 tahun kerana ia hanya memberi tambahan kalori tanpa nutrien.
  9. - Elakkan penambahan garam ke dalam makanan pelengkap bayi sehingga berumur 1 tahun kerana ia akan membebankan buah pinggang bayi.

      Ketahuilah bahawa BUKAN semua bayi dpt menerima perubahan dlm makanan mereka dgn mudah. Oleh itu,lakukannya secara perlahan-lahan...

      Bayi 5-6 bulan
      Tekstur makanan puri (halus)
      Minuman susuibu 
      Senarai Makanan : beras,pisang,ubi kentang,keledek,lobak merah
      Perlu dielakkan : garam,gulatelur,kekacang

      Bayi 6-8 bulan
      Tekstur makanan puri yg sedikit kasar 
      Minuman susuibu,air masak,jus buahan yg dicairkan 
      Senarai Makanan : Buah-buahan,sayuran,telur
      Perlu dielakkan : susu lembu segar,telur putih,ikan dlm tin

      Bayi 8-9 bulan
      Tekstur makanan lenyek atau kisar
      Minuman susuibu atau susu formula,air masak
      Senarai Makanan : Buah-buahan,sayur-sayuran,telur
      Perlu dielakkan : susu lembu segar,telur putih,ikan dlm tin


      Bayi 9-12 bulan
      Tekstur makanan cincang
      Minuman susuibu atau susu formula,air masak,jus buahan yg dicairkan
      Senarai Makanan : Buah-buahan,sayuran,ikan,daging,produk tenusu,telur
      Perlu dielakkan : telur putih,cili,garam,gula


      Bayi 12-18 bulan
      Tekstur makanan cincang
      Minuman susuibu atau susu formula,air masak,jus buah-buahan yg dicairkan
      Senarai Makanan : sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga
      Telur mentah,cili dan kerang-kerangan


      ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

      CARA-CARA MEMBUAT PUREE/ BUBUR NASI
      CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

      1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...
      Sayur yg baby leh makan:
      Bayam Hijau@Merah
      Brocoli
      Kentang
      Carrot
      Pumpkin
      Avocado (superbabyfood)
      Cauliflower
      Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
      Cranberry
      Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
      Pear
      Apple Merah
      Pisang
      Strawberry
      Blueberry
      Ikan yang boleh dimakan
      Ikan salmon (mmg banyak khasiat)
      Ikan yu
      Ikan kurau
      Ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)


      2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... Saya guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

      3.Accoding to my paed, nasi banyak kabohidrat, so kekdg tu tukar2 dgn oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.


      4.Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...

      5. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan bolehbBekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.

      Pumpkin puree....its so yummy! my son's peberet!
      Pic above: pumpkin puree, Pic below: Apple puree
      At left side: apple puree again , at right side: Porridge+carrot puree


      CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:

      1. Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)

      2.Then, pas perut dia dah boleh terima solid food, campur dengan vege ( yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima ke)

      3.Pada mommies yang nk antar kat BS.. and mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dlam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..

      4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya... sbb senang..

      5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke

      6. Nak simpan dalam freezer simpan dpm tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)


      CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING

      1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...

      2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...

      3. Bekukan sama mcm sayur/buah.

      Dah siap!!!! hehe

      ---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...

      ---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga...:)

      ---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...

      ---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur...

      Tempoh penyimpan: freezer storage ---
      vegetables / fruits puree=6bln
      fish = 10 weeks meat
      chicken =10 weeks
      6bln puree's with milk 4-6 weeks
      kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..


      Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergic apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...


      CUBALAH ALL MOMMIES... SEDAP TAU...!!! SeLaMaT mEnCuBa!!! ;)

      # n 10s a lot to my beloved sis adiahkan buku psl solidfood to our bby nie... ;) suke sgt2 bku nie...tajuk buku tue Nutritionists' Choice Cookbook...mmg sgt m'bantu buku ni.....pnuh sarat dgn info n tips menarik...pendek kata, mmg bez laaaa buku nie...korg try la cri buku ni yek...xpun juz klik link ni jeks....http://www.nutriweb.org.my/downloads/Nutritionist's%20Choice%20Cbook_lr.pdf



      Sumber:diedit frm KiM , Perkhidmatan Dietetik & Sajian HSNZ '07

      No comments:

      Post a Comment

      You Might Also Like:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      . . .me,hiM n uS. . .

      Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
      Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers