Wednesday 24 October 2012

Puasa Sunat Arafah

Esok da 9 Zulhijjah 1433H da...luse da umat Islam menyambut Hari Raya Qurban..! so those yg tidak berpeluang menunaikan haji / umrah, jom kite pakat pose sunat Arafah sok sama2...! banyak fadhilatnya tau!! 

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
 
So, selamat beramal!! ;)

*** owh, lupe lak...sok 9 zulhijjah kn..kebetulan my beloved hero anas rahimi is turned to 2 years!! selamat ari lahir anakku syg...semoga menjadi ank yg soleh hendaknya...;)

No comments:

Post a Comment

You Might Also Like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. . .me,hiM n uS. . .

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers